Sunday, May 20, 2007

Pembuka Kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini adalah pembuka kata untuk blog sendiri denagn tujuan untuk mencatatkan perjalanan hidup. Call sign radio amatur telah diplih sebagai header. Ini adalah sebagai pengenalan diri terutama pada rakan-rakan HAM.

Bahasa Melayu juga diberi keutamaan kerana kepentingan sebagai rakyat
Malaysia yang bangga dengan bahasanya sendiri. Lagi pun ini timbul setelah berjumpa dengan seorang rakan sekerja dari Jepun tetapi bertugas di Thailand menimbulkan persoalan kenapa rakyat Malaysia apa bila berkomunikasi sesama sendiri menggunakan bahasa asing atau pun bahasa rojak dan tidak menggunakan bahasa ibunda sendiri. Masih lagi mencari jawapan yang sesuai walaupun jawapannya saya ada tapi malu untuk diutarakan.

Setakat ini sebagai pembuka kata.

Jumpa lagi.

73