Friday, July 8, 2011

Yaesu VX 3R vs UV 3R



Yaesu VX3R vs UV 3R

Nampak lebih kurang serupa tapi tak sama.

Harganya pun tak sama.

Specification pun tak sama tapi dua-dua boleh transmit VHF dan juga UHF, dan juga dapat dengar radio FM.

Saiz dan berat lebih kurang sama.

Satu dari Jepun dan satu lagi dari China.

PENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011


Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini (9 Julai 2011).

Jalan - jalan yang terlibat adalah :-

- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara;

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : IPK Kuala Lumpur



Sunday, July 3, 2011

Sky Park Terminal

Pagi ini kena hantar isteri ke Sky Park Terminal. Terpegun juga transformasi yang dulunya dikenali sebagai Terminal 3 sudah berubah wajah menjadi Sky Park Terminal.

Firefly nampaknya yang monopilkan tempat ini. Bagus juga dekat tak lagi perlu ke KLIA kalau untuk penerbangan domestik.

Lihatlah gambar ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 2, 2011

Ain seorang pelari

Hari sabtu yang lepas, Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya menganjurkan Hari Sukan.

Ain berjaya memunggut 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumpa guru kelas Amir

Hari ini jumpa ustazah Sakinah, guru kelas Amir.

Friday, July 1, 2011

Yaesu FT 897 untuk di jual atau tukar dengan FT 857

Sesiapa yang berminat untuk beli Yaesu FT 897 atau nak tukar Ft 857 boleh le hubungi saya

Ini gambarnya....

Update Blog by Ain Fadhilah

Semalam Ain Fadhilah dah tolong update blog babanya, termasuk kasi tahu kat mana nak dapatkan banner yang menarik.

Sekarang ni buka blog ni dapat dengar Radio Era.

Terima kasih Ain Fadhilah.

http://ainfadhilahblogger.blogspot.com/