Saturday, July 9, 2011

Balik ke Tanjung Gemuk

Semalam selepas sangkut di dalam trafik jam selama 3 jam, kami sekeluarga balik ke Tanjung Gemuk. Kami keluar seawal 5.20 pagi dengan harapan dapat sarapan nasi minyak yang sedap di bandar Rompin.

Tetapi disebabkan oleh kesesakkan lalu lintas di mana hari ini juga ada sekatan jalan dan juga jalan raya yang sibuk di awal pagi kerana hai persekelohan, kami tiba di Leban Chondong jam 9 pagi. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk berhenti sarapan nasi lemak dengan undang galah. Sarapan yang sedap hingga menjilat jari.

Pada sebelah petangnya pula, kami suami isteri menuju ke Pantai Penyabong untuk membeli keropok lekor dan juga sata dan otak-otak. Rasanya amat sedap kerana ianya masih lagi panas dan banyak ikan didalam setiap otak-otak dan sata. Terlupa nak ambil gambar sebab makan sampai habis baru ingat nak ambil gambar.

Yang menariknya ada seekor ikan buntal yang digantung di kedai menjual otak-otak dan sata. Isinya telah dikosongkan. Sila lihat gambar di atas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: